Juruukur
bahan merupakan profesional terlatih, berkualiti dan mempunyai
pengalaman dalam bermain dengan masalah bagi pihak klien. Pada dasarnya,
juruukur bahan merupakan pakar kos yang bertanggungjawab menyediakan
maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah ditanggung bersama
belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada
wangnya (Seeley, 1997). Manakala menurut Dennis
F. Turner (1994), juruukur bahan akan bertindak sebagai penasihat kepada
arkitek tentang kewangan projek apabila diperlukan. Dia bertanggungjawab ke atas semua nasihat kewangan yang diberi ke atasnya.
Peranan
juruukur bahan dalam sesuatu projek pembangunan amat diperlukan.
Peranan dan tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat
luas sama ada dalam peringkat pra kontrak atau pun pos kontrak. Hal ini kerana juruukur bahan berperanan bermula dari projek dicadangkan sehinggalah projek tersebut berakhir.
Dent
Colin (1974) dan Dennis F. Tuner (1994) mengelaskan peranan juruukur
bahan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-kontrak dan pasca
kontrak. Pada kebiasaannya, kerja pra-kontrak disediakan oleh juruukur
bahan sebelum kontrak ditandatangani dan termasuk penyediaan senarai
kuantiti bersama dengan perkhidmatan lain. Kerja
pos kontrak pula merangkumi pengurusan kewangan kontrak seperti
penyediaan bayaran kemajuan, bermula apabila kontrak telah
ditandatangani dan penender berjaya memulakan operasi bangunan (Dent Colin, 1974).
Selain itu, peranan juruukur bahan dilakukan mengikut peringkat (stage) berturutan. Perkhidmatan juruukur bahan ini dipecahkan mengikut peringkat-peringkat pembinaan atau proses reka bentuk. Royal Institute of British Architects (RIBA), telah menyediakan cadangan bentuk prosedur untuk arkitek dalam membuat penyediaan dan perlaksanaan projek bangunan. Pelan kerja ini mewakili analisis praktikal bagi operasi reka bentuk dan telah berjaya digunakan ke atas kebanyakan kontrak. Pelan tersebut telah dirumuskan
di dalam jadual 2.2 dan menunjukkan peranan-peranan yang akan dimainkan
oleh pelbagai ahli kumpulan reka bentuk melalui reka bentuk dan masa
pembinaan (Seely,1997).
Menurut
Nor Ainah Abdullah (2001) pula, secara amnya, khidmat asas juruukur
bahan termasuklah menyediakan kajian kemungkinan bagi menentukan sama
ada sesuatu projek itu boleh dilaksanakan dari segi perbelanjaan dan
keuntungan kewangan, menyediakan anggaran kos awalan dan perancangan
kewangan, menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan kontrak, laporan
tender, memberi nasihat mengenai prosedur tender dan atur cara kontrak,
mengukur dan menilai kemajuan kerja untuk bayaran, perubahan kerja,
tuntutan-tuntutan dan juga menyediakan keperluan-keperluan bagi
penyelesaian pertikaian secara timbang tara atau secara alternatif.
No comments:
Post a Comment